...

Saturday, December 29, 2018

KOREAN DRAMA: ENCOUNTER / BOYFRIEND




terlebih comel nih...
nnti lah kita buat entry pasal drama korea encounter / boyfriend ni

sementara tu... ni sinopsis dia... (from asianwiki.com)

Cha Soo-Hyun (Song Hye-Kyo) is the daughter of a politician. After she graduated from college, she married the son from a family who runs a large company. Her marriage was a marriage of convenience for her politician father. Her husband though had an affair and wanted a divorce. Cha Soo-Hyun is now a divorcee. She is the CEO of a hotel.
Kim Jin-Hyeok (Park Bo-Gum) is an ordinary young man. He tries to find a regular job and works part-time jobs in the meantime. As he closes on his 20's, Kim Jin-Hyeok decides to take a trip to Cuba. There, he meets Cha Soo-Hyun. They have a brief encounter. When he goes back to Korea, he receives a phone call from a hotel. Prior to leaving for Cuba, he had an interview at the hotel for a job. He learns that he is now hired and Cha Soo-Hyun is the CEO.

Thursday, December 27, 2018

Monday, December 10, 2018

MEMORIES OF THE ALHAMBRA: A MUST WATCH FOR KDRAMA LOVERS

Drama Korea "Memories of Alhambra" lakonan Hyun Bin (Secret Garden 2010 & Hyde Jekyll, Me 2015) dan Park Shin-Hye (The Heir 2013 & Doctors 2016) baru je memasuki episod 4 disiarkan di TVN (aku download online je, dekat Netflix pun ada). Citer ni mostly setting dia kat Granada, Sepanyol.  Hyun Bin membawa watak Yoo Jin Woo, seorang CEO yg pergi ke Granada lepas menerima panggilan telefon sorang game creator.




Spoiler alert..... (jgn teruskan membaca sebab ada spoiler)

Tadi aku post kat ig, ada yang tnya citer ni sedih ker? Like melodrama ker? Well... jangan tertipu dengan tajuk dia, sebab ada memories kan, mcm kenangan mengusik kalbu je kan... tapi sebenarnye citer ni action tau... sebab dia mengetengahkan Augmented Reality (AR) games, pasal games, main games, so Memories of The Alhambra tu nama AR game yg dicipta oleh  Jung Se-Joo, adik kepada Jung Hee-Joo (Park Shin-Hye). Watak Jung Se-Joo dilakonkan oleh Chanyeol of EXO, peminat EXO mesti excited la nk tgk kan hehe... cute Chenyeol ni.. katanya Shin-Hye yg suggested Chanyeol ni utk lakonan watak sebagai adik dia.

Oh dalam episod 4 baru aku tau Memories of The Alhambra ni rupanye tajuk lagu yg famous, alunan gitar oleh Francisco Tarrega dalam citer ni Hee-Joo pandai main gitar, dan dia ada main lagu ni.





Seriously like seriously best citer ni... plot dia tak cliche... jalan cerita yang tak pernah ada lagi dalam Kdrama sebab ada unsur AR yg canggih,  setting cantik, sebab kat Granada kan bangunan, pemandangan cantik2...tapi biasa la, at first macam a bit confuse gak la masa tgk ep 1-2, macam banyak benda tak click lagi, perkara biasa la kan kalau tengok Kdrama, mula2 mcm kenapa mcm ni, kenapa mcm tu.. eh tak paham la... then baru la plot tu di expose sket2 apa yg kita tak paham, bijak kan writer-nim (org sama yg tulis skrip W), buat kita tertunggu2 so nak tgk lagi next episod. 

ini sinopsis Memories of The Alhambra dekat wikipedia...

After receiving an email regarding a groundbreaking AR game about medieval battles in Alhambra, Yoo Jin-woo (Hyun Bin), CEO of an investment company that specializes in optical devices, travels to GranadaSpain to meet the creator of the game, Jung Se-joo (Park Chan-yeol). However, Se-joo is missing and there, he meets his sister Jung Hee-joo (Park Shin-hye), owner of the hostel he stays in and a former guitarist. Both get entangled in a mysterious incident, and the border between the real world and the AR world built by Se-joo begins to blur.

Kalau korang jenis yg tak sabar nak tgk next ep, nasihat aku lah tunggu dlu jangan start tengok lagi sebab seksa oi nk tggu next episod nyer.

Citer ni kat Korea siar Sabtu & Ahad, so yg sabtu punyer dalam pukul 2-3 pagi hari Ahad dah available la online, yg Ahad plak... pkul 2-3 pagi isnin dah ada online. Aku biasa tengok / download kat dramafire.info dekat ondramanice.com pun ok gak. 

“Memories of the Alhambra” is that rare thing: a K-drama with a completely new concept. It’s the first Korean drama to tackle augmented reality gaming, and it does so in a thrilling, inventive way. It’s a huge relief that the graphics are top-notch too! - soompi.com

I just can't wait for the next episode. 







Saturday, November 24, 2018

Penggunaan Has & Have

Posting ni asalnye kat my FB, post kat sini plak senang nk cari dikemudian hari dan harapnya di blog lebih ramai audience dapat manfaat.


Semalamkan pergi bengkel penulisan, antara pengisiannya, bila kita menulis, kita kena bercerita dan tulis sesuatu yg bermanfaat. Contoh paling simple bila kita post gambar makanan. Ceritakan sesuatu yg orang lain dpt manfaat dengan post kita tu. Mungkin tips memasak makanan yg kita post tu, mungkin makanan tu mengingatkan kita kpd kwn kita yg dah meninggal, mungkin juga ada kisah lucu disebalik gambar makanan yg kita post tu. Jadi penulisan kita lebih menarik dgn adanya cerita2 disebaliknya.

Ohh.. satu contoh penulisan yg ke laut posting ni sbb gambar lain cerita lain ðŸ¤£ðŸ¤£
Sebenarnya, dari semalam duk fikir, aku ni nak menulis pasal apa ye? Dalam duk fikir apa niche aku? Dapatlah idea💡 ðŸ’¡

Aku kan ajar English, jadi why not share dgn kawan2 cara guna / tulis Bahasa Inggeris dengan betul. Tapi.. tapi, xnak la mcm dlm kelas kan, kita santai2 je, dlm kelas kena ajar fully in English tp kat FB ni aku nk try share pengunaan English yg betul dgn explain in BM, tp still ada campur2 English gak lah ye. Mungkin ramai yg bminat nak improve kan English masing2?
So.... utk first posting ni, aku nak share pengunaan ‘HAS & HAVE’
Ramai yg masih confuse bila nak guna HAS dan bila nak guna HAVE kan?
Contoh:
He has a new handphone
She has a cat
Alia has a car
The house has 2 bedrooms

Apa yg korang perasan dgn ayat2 kat atas ni, HAS digunakan utk SINGULAR (subjek/benda) yg satu
HAVE pula utk
They
We
You
I ( I ni kan kita tahu dia special sket, walaupun I tu merujuk kpd saya, dan saya tu sorang je kan, tapi sbb I ni special dia masuk gang PLURAL, sama gang We, They, You)

Tapi.... Kalau..

Alia and Ali has ke have?


Alia and Ali merujuk kpd 2 org kan, so PLURAL la kan, jadi kena guna HAVE.

Nak senang ingat boleh tengok gambar movie poster ni, baca caption kat gambar ye.




Tengok pengunaan HAS, sblm HAS ada The Smile kan, smile kat sini SINGULAR, merujuk kepada satu senyuman, jadi kena guna HAS. 

(To spice up the lesson la ni, kena la letak gambar mcm ni, senang ingat bila tgk mamat korea comey ni, actually kdrama ni tgh on going skarang ni, best woo! Takleh nk agak plot dia, suka twist2)

perkataan Hills dlm bentuk plural (merujuk kepada banyak) jd kena guna HAVE

P/s: ok x? Patut diteruskan posting mcmni? Cer komen sket, nak tau gak.



Saturday, November 03, 2018

HARGA TIKET BAS EKSPRES KUANTAN - KOTA BHARU - KUANTAN

Tiket Bas Perdana



Baru2 ni aku balik ke Kota Bharu dengan menaiki bas ekspress Perdana, jam 11 malam dr Terminal Sentral Kuantan ke Kota Bharu. Balik semula ke Kuantan hari Ahad 2ptg dengan bas perdana jugak. Harga tiket bas ekspres sehala RM35.20 (Kalau warga emas boleh dapat murah tau). 

Otw balik naik pukul 11 mlm dalam 5:30 pagi gtu smpai KB, balik ke Kuantan plak naik bas pukul 2pm, dekat pukul 11 malam sampai. 

Bas mana paling best? Well... bagi aku lah, Mutiara dan Perdana best la sebab for sure akan dapat bas baru dan seat dia selesa, kalau bas Transnasional ada bas buruk dan ada bas baru. Tapi seat tak leh lawan bas Mutiara atau Perdana la. Tapi Perdana ni kalau macam trip balik Kuantan aritu, mmg lama giler la baru smpai.9 jam tauuu, sebab bergerak siang ke malam kot, kalau naik bas kul 11 malam dalam 6 jam lebih je dah sampai.


Tuesday, October 30, 2018

BENGKEL PENULISAN BUKU DAN MEDIA SOSIAL






Berbengkel dengan Encik Hamka of Kereta Mayat Blog







dengan penuh semangat, balik dari bengkel terus cari buku Jeniri Amir ni




Kena selalu2 kan pergi bengkel macam ni, baru la tak hangat2 tahi ayam


PASKAL

Dah tengok PASKAL?

Best ke PASKAL? yerrr best sangat!




Aku sangat2 recommend korang g tengok, sebuah filem yg boleh kita banggakan. Boleh tengok aset2 peperangan negara.  Setakat hari ni dah mendapat kutipan sebanyak 27.3 juta! 

Tengok cite ni kan.. aku mcm dari awal sampai akhir macam sebak je... nak nangis je dari awal dan memang menangis pun.. rasa patriotik membuak2 gitu... ada rasa macam sebak yang terpendam, yang tertahan.. rasa bangga dengan tentera2 kita, rasa sedih dengan apa yg mereka dan keluarga mereka harus lalui.

Macam yg dalam reviu ni cakap movie ni takde sub-plot yg tak perlu. Ada sub-plot pasal family, tapi ianya tak meleret2 dan mmg plot tu perlu. Filem ni jugak pelakon pembantunya pun bagus2. 





Menonton filem ini juga membuatkan aku kenal dengan ramai pelakon baru (baru kenal) yg hebat2 belaka, pastu bila dah kenal kat Paskal terus stalk ig diaorg. Antara nyer Henley Hii  yg bawa watak Joshua,  Taufiq Hanafi yg nickname dia Ustat dan Theeban G sebagai Shailesh @ Misi. 

Macam Henley Hii ni kite (aku la) tak kenal pun dia sblm ni, tp dia ni dalam industri hiburan dah glamer pun. 





Taufiq hanafi ni pun aku baru kenal gak... 



Theebaan ni atlit Malaysia ni.. 2X SEA Games Medallist tuu.. he is a good actor too..

Antara pelakon utama Paskal ni... 
Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Jasmine Suraya Chin, Gambit Saifullah, Nam Ron, Hafizul Kamal, Amerul Affendi dan Henley Hii.

Monday, October 01, 2018

K-Pop: BTS at United Nation (Aku Terjebak dgn KPOP)

Malam tadi lepas tengok drama korea `Player' kat Astro, sambung plak tengok BTS kat handphone nyer youtube, OMG aku terjebak dengan K-POP plak, sebabnyer tertengok aritu BTS ada bagi speech kat UN, like wow! UN ko! Makna nye band diaorg ni is HUGE, dah conquered the world, jangan main2 dengan boy band dr South Korea ni, diaorg baru2 ni diberi peluang bg ucapan kat United Nation, RM (sort of like ketua, spokeperson of the group) je sorang yg bercakap, sbb his English paling ok among the 7 of them. Lepas kat UN diaorg appeared kat banyak talk shows kat US (boleh tgk kat Youtube). 

Aku bukan lah peminat BTS tp, mcm suka lah tgk sbb an asian boy band managed to conquered the world kan. Jualan tiket Konsert diaorg kat New York Citifield Stadium (muat 42k penonton) abis dalam masa sejam. Suka tgk bila minah2 salleh duk jerit2, star struck dgn BTS ni.. 

boleh baca kat sini.. 



 


Owh, btw kdrama Terius Behind Me / My Secret Terius tu best sangat, ada action ada lawak. Baru 2 episod so byk lg la yg mcm blurry je, baru nk setting plot camne kan...  so Terius tu recommended lah ye, pls go and watch, especially kalau korang peminat So Ji Sub (Hero Oh My Venus).

Thursday, September 27, 2018

KOREAN DRAMA: TERIUS BEHIND ME / MY SECRET TERIUS

Really can't wait for this drama because of that lost puppy dog eyes So Ji- sub, hahaha comel je kan how they describe So Ji-sub, mata dia macam anak anjing yg hilang tuan. Kuyu jer... 



Malam ni keluar first episode citer ni kat Korea, so hopefully by esok (Khamis 28 sept) dah dapat download la.. kat Astro pun ada, 30 sept ni, channel xpasti plak.. tp channel citer korea tu la.. 


ni dr wikipedia...

A woman named Go Ae-rin (Jung In-sun) loses her husband. Along with her neighbour Kim Bon (So Ji-sub), who is a NIS agent, they discover the truth behind her husband's involvement in a huge conspiracy.

Ada aku baca, penulis skrip ni berangan, what would be like kalau kat dalam bangunan apartment rumah dia tu ada sorang lelaki handsome jd jiran dia, then dia imagine that handsome guy is So Ji Sub. So, that's what motivates her to write this script la.. and lucky enough for her (for us, viewers too) So Ji Sub agreed to take this role. Yeayy!

So wait til tomorrow yer... the trailer looks promising.. 

Monday, September 24, 2018

KDRAMA: DRAMA KOREA YANG BEST 2018 (so far lah)

Sejak bile ek suka tengok drama Korea nih? Since sekolah kot... Autumn In My Heart kot, tapi macam ingat2 lupa dah citer tu, masa lepas SPM takde tgk dah kot, pastu bila start keje kot tengok balik, Oct 2013 The Heirs, followed by Dec 2013  My Love From Another Star, haaa since then la menonton Korean Drama secara serious kot, sebelum Goblin, for me yg paling best W two Worlds.

Tahun ni antara drama korea (KDrama) yang best bagi aku ialah...


Korean Drama Yang Tersangat Best 2018 (Must Watch)

Money Flower
My Mister
Something In The Rain
Terius Behind Me (maybe it's too soon to say sbb baru kuar 2 ep)

Korean Drama Yang Best 2018

Devilish Joy
My ID Is Gangnam Beauty
Lovely Horribly
Familiar Wife
Thirty But Seventeen What's Wrong With Secretary Kim
House Helper
Are You Human Too
About Time
Shoud We Kiss First
Radio Romance
I'm Not A Robot
Black Knight

Drama Korea Yang Best gak la.. tapi tak best sangat2

Tengok sekerat, sebab takde X factor to keep watching

Revolutionary Love
The Package
Eukalala Waikiki
Avangers Social Club
Temperature of Love
Handsome Guy and Jung Eum 
Suits 2018
Sketch

Sunday, September 23, 2018

JAYA GROCER KUANTAN CITY MALL


Kalau dulu sebelum ada Kuantan City Mall nak beli groceries yg pelik2 (imported ones) kena g kat Pantai Selamat (supermarket) yg dekat Jalan Teluk Sisek tu.. now dah ada Jaya Grocer kat Kuantan City Mall (KCM) memang Jaya Grocer lah tempat yang dituju utk beli barang2 makanan yg pelik yg tade kat supermarket lain.









Banana Milk yg femes, 3-4 kali dah g Jaya Grocer ni usha2 nk beli Banana Milk ni tapi tak beli2 gak








Rice Cake ni dalam Kdrama kan depa selalu makan tteokbokki, haa ni la pakai Rice Cake, ni jenis stick, yg bawah ni plak rice cake jenis slice...












syurga peminat ramen (dalam Kdrama depa sebut ramyum)



check dulu tau ada Halal tak ramyun ni, as for me pernah sekali je mkn yg cheese.. ok je biasa2 je rasa tade lah sampai nak mkn lagi dan lagi






Monday, September 17, 2018

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN: PAGI & DAISY

Nak makan sambil lepak2 santai2 dgn suasana yg menarik, boleh la ke restoran Pagi & Daisy ni, deco dia sangat cantik. 

Lokasi Pagi dan Daisy ni di Jalan Besar, Kuantan, dekat Hotel Mega View, berdepan dengan Tjantek Cafe, sama jalan jugak dengan Kula Cake.










Nasi Kerabu Kuning















sebelah nye ada Kayuwoods.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post