...

Friday, January 25, 2013

Mayat Kat Jeti Kuantan

Baru td terbaca kat mstar.com.my ... berita ni menarik perhatian aku sebab berlaku kat Kuantan

 
Mayat Lelaki Ditemui Terdampar Di Jeti LKIM Kuantan 
 
KUANTAN: Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Kemunting di sini, petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat lelaki berketurunan India berusia lingkungan 30-an itu ditemui nelayan pada 2.14 petang sebelum melaporkannya kepada polis.
Katanya hasil pemeriksaan, terdapat kesan luka akibat ditoreh senjata tajam pada badan mangsa.
"Setakat ini, tiada sebarang pengenalan ditemui pada mangsa," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat.BERNAMA

2 comments:

Yunus Badawi said...

Ini yg dekat Tg Api tu ke?

Saya ada juga pergi sarapan di situ kalau ke Kuantan. Cari nasi minyak .... ngeeee

aniszcenna said...

rasanyer kalu jeti LKIM bukan yg kat tg api tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post