...
Friday, August 30, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Tepung Ayam Goreng Masnad
My long time best friend Lynn ada came up with new product, Lynn ni memang otai bisnes orang nyer.. kali ni Lynn pasarkan produk buatan dia sendiri, tepung ayam goreng masnad ni mcm tepung ayam goreng KFC lah lebih kurang...
Ni details pasal produk...
MASNAD FRIED CHICKEN FLOUR / TEPUNG AYAM GORENG MASNAD
Cara Memasak :
1) Potongkan ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Basuh dan sejatkan air lebihan.
2) Basuh telur ayam (patuhi shariah) kemudian pecahkan putih telur dan celupkan potongan ayam ke dalam putih telur yang telah dipukul untuk salutan yang memuaskan.
3) Setelah beberapa ketika, salutkan potongan ayam dengan Tepung Ayam Goreng MASNAD hingga rata keseluruhannya.
4) Gorengkan ayam secara tenggelam minyak dengan kepanasan (350F/180C) sehingga kuning keemasan dan sedia untuk dihidangkan. Ingredients / Ramuan :
Tepung Gandum, Rempah Ratus, Tepung Ubi Kayu dan Garam.
Cadangan Hidangan:
1 paket (150gm) Tepung Ayam Goreng MASNAD boleh digunakan untuk 1 kg ayam.
Packed for / Dibungkus untuk:
MASLIN DAGANG (001901048-W)
SA 22-1-A, Lorong Pandan Pertama 3, Pandan Utama, 55100 Kuala Lumpur, Selangor D.E., Malaysia.
Tel: +6 03 9281 2622 Fax: +6 03 9281 2644 Hotline: +6 013 337 9559 / +6 013 339 9797 / +6 013 206 9644 email: dagang@maslin.com.my http://www.maslin-dagang.com.my Nett Weight / Berat bersih: 150gm Muslim Product / Produk Muslim: Halal
Retail price per packet (150gm) : RM 5.00 & Postage cost: RM 3.50
Harga runcit sepaket (150gm): RM 5.00 & Kos pengeposan: RM 3.50 (Pos Express)
We also cater for custom made packaging (above than 2kg)/Kami juga menerima tempahan mengikut bungkusan pilihan pelanggan (2kg ke atas) Price structure: RM 25.00 per kg Not Included postage cost /Struktur harga: RM 25.00 se kg Tidak Termasuk kos pengeposan.
Friday, August 16, 2013
Thursday, August 15, 2013
Monday, August 12, 2013
Cara-Cara Masak Nasi
Bahan2 nyer
1. Beras Siam yg Msia pun ok gak - 2 Cawan
2. Air secukupnya
Caranyer
- Basuh beras
- Masukkan air dalam beras
- Lap periuk.
- masukkan periuk pada rice cooker pastu tekan suis. hahaha... xtekan tak masak der
haaaa.. ada je org yg tak pernah masak nasi pakai daur gas kan... sebab dah terbiasa ngan rice cooker..
sebenarnya, masak pakai dapur gas lagi cepat, dan kalau setakat nak makan sorang dua tu baiklah masak pakai dapur gas je kan... so nak masak nasi pkai dapur gas ni senang je...
macam nak masak pakai rice cooker gak, beras kena lah basuh dulu, pastu masukkan air ikut ukuran gaya tradisionl... ukur pakai jari telunjuk,letak hujung jari telunjuk kat permukaan nasi dan level air kena sampai ke lekuk pertama kat jari telunjuk kite tu... pastu letak atas dapur dan buka api tungg sampai air kering (macam dlm pic kat atas tu) then bleh la kecikkan api. Then dalam beberapa minit masaklah... nak tahu masak camne? Dah kering molek masak ler... haha..
harap dapat membantu.. harap tak bg ajaran sesat..tak reti ahh nak cakap camne, tapi aku masak nasi ok je.. masak menjadinya...
Thursday, August 08, 2013
Lontong For Raya
Resepi ni amik kat myresipi.com pastu diolah sesuka hati ku..
Resepi Lodeh
Bahan-bahan ( 10 orang )
- Bahan yg dikisar halus * :-
- *10 tangkai cili kering
- *2 biji bawang besar
- *2 ulas bawang putih
- *1 jari kunyit hidup - aku guna kunyit serbuk je
- *1 hiris halia
- *2 sudu udang kering
- *2 sudu ikan bilis
- *sedikit belacan - jika suka
- *2 sk jintan kasar - sangar - lupa nak masukkan
- 2 batang serai - dititik
- 4 helai daun salam
- 1/2 jari lengkuas - diketuk
- 200 g udang hidup yg dikupas kulit
- Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
- 1/2 biji kobis
- 8 batang kacang panjang
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang kecil - xletak sbb takde
- 1 biji terung panjang - xletak gak sbb xsuka
- 1 keping tahu kering - rendam
- 4 biji kentang
- 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
- 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
- 2 ikat su'un - direndam
- lada merah dan hijau - dipotong serong
- 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- 1/4 cawan minyak utk menumis
Cara-cara
- Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
- Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
Wednesday, August 07, 2013
Kue Teow Kerang En. Mudz
Hari ni nak masak kue teow keranglah, kenapa nama en. mudz? sebab resepi ni diambil dengan En. Mudzir, my colleague years ago masa En. Mudzir still keje kat Kuantan, now dia dah dok KL.
Resepi ni aku amik masa awal2 keje dulu circa 2003 kot tp baru sekali buat, it was last year! haha.. ni nak try buat lagi sekali, tahun lepas buat time bulan puasa gak,
Kue Teow Kerang En. Mudz.
Bahan-Bahan:
1 Bungkus kue teow (jenis MOi Kei atau Cap Wau)
4 Ulas bawang putih (ditumbuk)
4 cili kering (dikisar)
3 sudu minyak masak
Kicap Kipas Udang – Masin dan Manis
Sos Tiram Maggi – 3 sudu
Telur (1 – 2 biji Gred A)
Kerang 200 gm
Kuchai – secukup hati
Taugeh – 150 gm
Gula – 1 sudu teh
Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan cili kering, masak sehingga pecah minyak,
masukkan bawang putih. Masukkan sedikit air, sos tiram, gula, kerang.
Seterusnya masukkan kue teow, diikuti dengan kicap. Kicap hendaklah dituang disekeliling tepi kuali (bukan ke atas kue
teow). Masukkan telur di tengah kuali
(kue teow diketepikan). Kacau apabila putih telur menjadi agak masak. Masukkan
taugeh dan kuchai setelah api dipadamkan.
Tips:
Kerang direndam dalam air panas dan ditutup selama beberapa minit.
voila !! inilah hasilnya...
Tuesday, August 06, 2013
Senarai Susu Danone Dumex Yang Ditarik Balik
Ibu2 bapak2 ni senarai nama susu yang tengah heboh diperkatakan, ada certain batch yg kena tarik balik
Berita mula diterbitkan pada: Ogos 04, 2013 21:31 (MYT)
Danone Dumex tarik balik Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore, Bebelac
KUALA LUMPUR: Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.
Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.
"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.
Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai 'whey protein concentrate' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1;
Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.
"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi. Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna
yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.

Monday, August 05, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Related Post
loading..