...

Saturday, November 04, 2017

MARA DIGITAL KUANTAN


 Last sunday kena attend Majlis Perasmian MARA Digital kat Plaza Gambut, Kuantan


 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan MARA Digital





gambar seterus nyer... kedai aksesori KVK yg ada kat MARA Digital







ingatkan ada byk la kedai aksesori dalam MARA Digital ni, rupa nyer ada satu je, lain2 kedai jual handphones, harga dia murah la, ala2 Toko Murah & Al-Murah.. tapi ada gak yg Toko Murah lg murah dr KVK ni


KUANTAN 30 Okt. – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperluaskan rangkaian pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), MARA Digital dengan membuka premis di Plaza Gambut di sini semalam.


Pembukaan MARA Digital@Kuantan itu bagi membantu usahawan bumiputera berkecimpung dalam bidang ber­kenaan sekali gus memberi alternatif kepada pengguna dari segi pembe­lian produk tersebut.

Premis MARA Digital keempat selepas Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor) dan Ipoh di Perak itu setakat ini menawarkan 18 ruang niaga yang mana keunikannya ialah terdapat ruangan jualan produk usahawan desa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan MARA Digital di negeri ini menjadi satu lagi mercu tanda kejayaan MARA dalam agenda pembangunan bagi memartabatkan usahawan bumiputera selaras dengan arus pembangunan teknologi digital era alaf baharu.

“MARA Digital@Kuantan adalah kesinambungan daripada kejayaan dan kesungguhan berterusan MARA dalam memastikan transformasi teknousahawan bumiputera terus maju dalam bidang komunikasi.

“MARA Digital yang pertama di Menara MARA Kuala Lumpur pada 2015 mencatat kejayaan walaupun pada awalnya mendapat reaksi negatif daripada sesetengah pihak.

“Kita teruskan usaha dan membuka premis di Anggerik Mall, Shah Alam pada tahun lalu disusuli pembukaan premis ketiga di Ipoh awal bulan ini dan kini kelahiran MARA Digital@Kuantan” katanya ketika berucap merasmikan MARA Digital di sini semalam.
Yang hadir sama Ketua Pe­ngarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, para pegawai kementerian itu dan MARA serta pemimpin masyarakat setempat.

Ismail Sabri yakin dengan kemampuan MARA Digital@Kuantan untuk memacu kejayaan bagi usahawan setempat dengan menjadikan MARA Digital di Kuala Lumpur sebagai kayu pengukur.

Beliau berkata, pada tahun lalu, MARA Digital di Kuala Lumpur merekodkan lebih satu juta pe­ngunjung dengan jualan me­lebihi RM18 juta manakala setakat Ogos lepas, seramai 585,580 pengunjung dicatatkan dengan hasil jualan melebihi RM7.6 juta.
Beliau menegaskan, pembukaan premis MARA Digital adalah usaha berterusan MARA dalam memperkasa dan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam perniagaan runcit berkaitan ICT.

Sehingga kini seramai 109 usahawan bumiputera mendapat man­faat menerusi perniagaan mereka dalam bidang berkenaan di empat premis MARA Digital yang dibuka secara berperingkat sejak Disember 2015.

Beliau berkata, potensi perniagaan dalam bidang ICT adalah besar berikutan perkembangan pesat industri itu yang menjadikan permintaan terhadap gajet seperti telefon pintar dan aksesori berkaitan sangat tinggi.

Mengikut ICT Strategic Review (ICTS & Service) 2016/2017, kata beliau, unjuran industri ICT dan perkhidmatan berkaitan adalah berjumlah lebih RM77 bilion.
“Kajian dilakukan firma penyelidikan pasaran GFK pula mendapati rakyat Malaysia berbelanja sekitar RM6.8 bi­lion untuk membeli telefon pintar bagi tempoh Mac 2016 hingga Februari lalu, iaitu meningkat daripada RM5.4 bilion pada 2015.

“Angka itu menunjukkan bidang ICT dan digital adalah perniagaan alaf baharu yang mempunyai potensi masa depan cerah. Sebab itu saya tidak mahu melihat usahawan Melayu dan bumiputera ketinggalan.

“Sasaran kita bukan setakat melahirkan usahawan runcit tetapi dari segi pembekal, pengedar dan pengimport supaya keseluruhan rantaian nilai terdapat usahawan bumiputera,” ujarnya.

Sementara itu, beliau optimis untuk melihat lebih banyak MARA Digital dibuka dengan sasaran setiap ibu negeri mempunyai premis perniagaan tersebut seterusnya dari segi jangka masa panjang membukanya di daerah-daerah di ba­ngunan MARA dalam skala lebih kecil.

Dalam tempoh terdekat, kata beliau, rangkaian MARA Digital akan diperluas ke dua buah lagi negeri iaitu di Sungai Rambai, Melaka dan Larkin, Johor.
Dalam pada itu, bagi memastikan golongan bumiputera memiliki tenaga mahir dalam pemba­ngunan gajet ICT pada masa depan, institusi di bawah kementerian berkenaan menganjurkan kursus berkaitan industri tersebut.

Kata beliau, GIATMARA telah mempunyai kursus jangka pendek membaiki telefon pintar manakala Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ada menyediakan kursus berkaitan kejuruteraan, perisian komputer dan multimedia.
“Pendekatan ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan pada masa akan datang adalah dalam kalangan mereka yang berlatar belakangkan bidang berkaitan agar peningkatan diri dalam keusahawanan berasaskan ICT adalah selaras serta mempunyai kesinambungan dengan arus pembangunannya,” katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/mara-perkasa-usahawan-ict-1.545243

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post