...

Tuesday, September 11, 2018

Best Ke Crazy Rich Asians



Crazy Rich Asians

Kisahnya nak tengok movie Crazy Rich Asians ni dengan tiket free sempena birthday, (yes, GSC bagi free 2 tickets in our birthday month) tapi, sebab tak print out email yg dia bagi tu so last2 beli je la tiket, yg free tu next time movie lah pulak, Johnny English maybe?

Spoiler alert... ada byk spoiler dlm entry ni.. so kalau taknak ter-spoil pls do not continue reading


CRAZY RICH ASIANS @GSC CINEMA



RM28 in total for 2 tickets, sekarang ni GSC ada promotion tiket harga RM10 utk show sblm 1pm weekdays. Aku tgk ni kat GSC East Coast Mall Kuantan, sebab kat GSC Megamall takde  movie ni... hazab la jugak nk mengharungi manusia time2 long weekend ni... parking sah2 kat roof top, berpusing2 la mencari parking space. My advice, pergi la tgk dgn your girlfriends or boyfriends, sbb kalau g ngan toklaki sure kena marah dah (well,xsemua toklaki la,kang ada yg marah plak..hehe), sbb stress nak masuk ECM pun dh berjujuksss keta.... pastu nak mencari parking lagi...

So the review? Crazy Rich Asians (CRA) is a romantic comedy (rom-com) film, so kalau korang peminat filem action memang tak best dan boring la citer ni, tapi bg aku yg suka pelbagai genre, Crazy Rich Asians ni sgt BEST! it's a chic-flick. Selain excited nak tengok Henry Golding dalam cite ni, excited jugak sbb this is the first all asian cast in 25 years after Joy Luck Club (budak literature tau la kan Joy Luck Club ni). Seriously it is a big thing la for us Asians dlm Hollywood film industry. Takpernah lagi ada movie yg mcm ni, pelakon semua asians, setting plak kat Singapore (ada gak kat Malaysia).

Excited nk tgk how they portrayed Asians in Hollywood movies. Banyak scenes yg lawak, especially masa Rachel dengan best friends dia Goh Peik Lin (Awkwafina yg berlakon dlm Ocean 8, she's actually a rapper). Tapi tak semua org akan paham lawak dia kot.

Citer ni byk la tunjuk kekayaan org2 Asia ni... well.. tajuk pun ada Rich Asians kan.. bachelor & bachalorette party punye lah gempak, they flew out their guests ke pulau & ke kapal. Ramai actors & actresses Asians yg cantik2 & handsome2.  

Tak payah citer plot dia lah ek, tgk trailer dia pun dah tahu kan... nk citer pasal selain Henry Golding yg half English half Iban & Michele Yeoh, ada sorang lg pelakon Malaysia dalam CRA ni, Carmen Soo, best lakonan dia, watak dia Francesca Shaw ex-gf to Nick. Co-screen writer CRA ni Adele Lim pun Malaysian. Lagi... ada few scenes yg diaorg shoot kat Malaysia kat Pulau Rawa, party yg dlm kapal tu sebenarnya kat parking keta kat Malaysia :)

Owh.. anak Corazon Aquino pun ada berlakon, Kris Aquino bawak watak Princess Intan, seorang puteri Melayu, dalam CRA ni jap je scene dia, masa wedding Collin & Araminta. 

Masa tengok citer ni, aku busy duk tengok eh sapa pelakon tu, sapa pelakon ni, semua nya pelakon hebat2 yg ada yg kite dah kenal dan ada yg xkenal walaupun diaorg sebenarnya famous.

Gemma Chan yg berlakon sbg Astrid best lah, mcm akan ada sambungan CRA ni pasal citer Astrid plak..







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post