Hari ini dan esok kena berkursus "Digital Marketing" dekat kolej ni je. Aku n few others kena attend course ni sebab kiteorang jadi AJK Digital Marketing bg mempromosikan kolej di social medias.
Looking forward sangat dengan kursus ni sebab semestinya banyak ilmu baru pasal cara-cara nak buat pemasaran di social media kan. Walaupun sebelum ni dah pernah pergi kursus lebih kurang mcm kursus ni but still banyak ilmu2 baru yg dapat.
First sekali coach perkenalkan kepada para peserta kursus dengan Google Trend Visualizer, kursus sebelum ni dia just kenalkan dengan Google Trend je, tapi kali ni Google Trend Visualizer pulak. See, walaupun dah pergi kursus ni dengan coach yg sama tapi, ilmu pertama pun dah lain. Ye lah kan dunia digital ni setiap hari ada je something new, so memang perlulah kena attend kursus macam ni dari masa ke semasa.
So, apa google trend visualizer ni? Macam mana nak tengok google trend visualizer?
ok, mula2 apa itu google trend visualizer? Makna dia lebih kurang mcm ni, Google Trend visualizer ni utk kita tengok apa yg tengah trending di google/internet atau pun key word apa yg tengah hot sekarang. Apa yg ramai orang tengah search kat google sekarang ni. Macam tadi, bila bukak Google Trend Visualizer tu aku nampak nama LUKE PERRY, masa tu ingat ohh sebab few days ago dia kat kena stroke, (later baru aku found out yg nama dia trending sebab dia dah meninggal).
Kenapa penting nak tahu key word apa yang tengah hot sekarang? Well, as digital marketers keyword yang ramai orang cari memang sangat pentinglah sebab kita perlu gunakan keyword yang banyak dicari oleh ramai orang. Satu contoh senang, macam blog aku ni lah, semestinya aku nak ramai orang baca blog ni kan. So satu caranya aku kena tahu keyword apa yang trending sekarang ni, contoh lah kita amik "LUKE PERRY". Hari ini esok dan lusa memang ramai yang akan google LUKE PERRY terutamanya golongan yang berumur pertengahan 30an - hujung 40an, sebabnya LUKE PERRY ni glamer dengan drama bersiri Beverly Hills 90210 di tahun 90an dulu. Jadi, aku perlulah buat entry yang ada LUKE PERRY so that, yg orang duk google nama LUKE PERRY tu akan terrrrsampai ke blog ni lah.
ok, settled lah pasal google trend visualizer tu, ni aku nak citer pasal canva.com plak. Canva ni utk buat poster, untuk edit gambar, facebook cover, flyers, nak buat presentation pun boleh pakai canva.com ni. Contohnya macam ni. Boleh utk fb, instagram
ni gambar asal |
lepas edit pakai burner bonanza |
Pakai burner bonanza ni senang amatss.. sesuai sgt utk edit gambar2 bg mereka yg menjual produk secara online.
https://app.bitly.com ni pulak untuk shorten kan link yg kita buat, contohnya mcm ni
http://bit.ly/INFOKPTM kan biasa orang bg link www.wasap.my/60123456789 so nk bagi cantik boleh la guna website ni dan kita boleh set bila orang tekan link tu terus link ke wasap dan akan keluar ayat2 yg kita dah set kan. Contohnya, "Saya berminat dengan produk kurus Selim Molek"
Oklah, sampai sini je lah dulu dah nk dekat pukul 1 pagi, esok kursus bersambung. InsyaAllah nnti aku share lagi apa ilmu menarik yang dapat dekat kursus Digital Marketing tu.
p/s: korang baru start buat bisnes online tu, WAJIB tau ada FB PAGE. Pergi je kat FB personal korang tu pastu atas kanan tu kan ada boleh tekan CREATE, haa boleh buat FB PAGE korang kat situ. Ikut je steps yg dia suruh.
No comments:
Post a Comment