...

Wednesday, September 27, 2017

AZZA ELITE JUAL BEDAK SEJUK


PETALING JAYA: Sungguhpun sering dipandang rendah kerana menjual bedak sejuk, penyanyi Azza Elite menganggap kecaman dan penghinaan terhadapnya sebagai asam garam dunia perniagaan.
Menurut bekas anggota kumpulan Elite yang popular sekitar tahun 1990an itu, dia tidak malu walaupun dilabel 'artis kampung' kerana menjual produk dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS).
"Buat apa nak malu? Sebaliknya saya bangga dapat keluarkan produk dengan label sendiri.
"Malah dengan hasil jualan bedak sejuk juga saya dapat kembangkan perniagaan termasuk mengeluarkan pakaian dengan jenama sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Azza bersama salah seorang stokisnya.
Tambah Azza atau Nor Azzarima Zawari, 39, walaupun sudah empat tahun bedak sejuk keluaran Azza Elite Empire HQ berada dalam pasaran, masih terdapat teguran sinis yang mempertikaikan sumber pendapatannya itu.
"Selalu juga orang tegur kenapa artis jual bedak sejuk, kononnya tak ada standard.
"Tapi saya ambil semua teguran itu secara positif, teguran begitu buatkan saya lebih kuat untuk berusaha majukan perniagaan," katanya.
Selain bedak sejuk jenama Azza’s Cold Powder, syarikat milik wanita itu turut mengeluarkan Azza Elite Make Up Base dan pakaian Muslimah seperti jubah, tudung dan blaus dengan menggunakan label Precious Al Jannah by Azza Elite (PAJ By Azza Elite).
Jelas Azza lagi, sebagai usahawan IKS dia turut berbangga apabila dapat membantu golongan suri rumah menjana pendapatan sampingan.
"Saya ada seramai 45 ejen dan stokis termasuk di Sabah, Singapura dan Brunei. Secara tidak langsung mereka berpeluang tambah duit poket sendiri.
"Alhamdulillah produk ini diyakini baik untuk semua pengguna dan mempunyai peminat yang tersendiri. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik, orang tetap cari bedak sejuk saya untuk kegunaan harian," katanya.

Azza ketika rakaman program Laku Mall di Thailand.
Dalam pada itu bercerita mengenai kerjaya seninya, Azza berkata dia baharu sahaja pulang dari Thailand bagi menjalani rakaman program beli-belah melalui saluran televisyen yang dikenali sebagai Laku Mall.
"Saya tak hilang daripada dunia seni, Alhamdulillah saya dipilih sebagai pengacara dalam program beli-belah Laku Mall sebanyak 37 episod," katanya.
Selain itu Azza juga baharu sahaja membintangi drama Isteri-Isteri Ayah lakonannya bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Wan Syarmila, dan Syazwan Zulkifli.

Tags / Kata Kunci:Azza Elite


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post