...

Saturday, July 20, 2013

Tokey Kedai Pearl Haya



Ini kawan saya, beliau seorang tokey pearl haya, tapi ini bukan kedai dia walaupun dia tokey Pearl Haya.... hehe...
 

Beliau ini kelig saya yang sangat meminati koleksi Pearl Haya, tokey kedai ni pon kalah kott dengan koleksi Pearl Haya kawan sy nih..



cer tengok baju dia ngan sama kan ngan layer tudung dia yg kedua tuu.. yess mmg sama sebab mmg dr koleksi pearl haya!



Lokasi Kedai Pearl Haya Kuantan
Lot 28 Malay Town (menghadap ke jalan besar stadium)

Ngidam

Malam aritu tetiba mengidam nak pekena tutti fruitti... so ke bandarlah.. sbb yg kat IM toppings nyer tak banyak,,

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Chef Anis

Sahur tadi tengok satu rancangan masakkan hosted by Chef Anis Nabilah. Tapi tengok gitu2 je la.. dia kat Phuket pastu masak tepi pantai.. then kebetulan plak masa online ni terjumpe Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Ni saya amik kat mylaunchpad.com.my


Jom masak Ikan Siakap Stim Limau.



Bahan-bahan:


½ batang Leek


3 cm Halia Muda


8 biji Cili Padi Merah


3 Biji jus Limau Nipis


1 Akar Daun Ketumbar


13 ulas Bawang Putih


1 sudu kecil Minyak Bijan


1 sudu besar Minyak Ikan


Garam secukup rasa


Serbuk Lada Putih secukup rasa


4 batang Serai


Cara Menyediakan:

• Hiriskan nipis leek, halia muda, cili padi merah dan akar daun ketumbar.

• Tiga biji limau nipis perahkan jusnya.

• Taburkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.

• Masukkan sedikit bawang putih yang telah diblend.

• Tuangkan jus limau, minyak bijan, minyak ikan, garam, serbuk lada putih dan gaulkan bahan-bahan tersebut.

• Letakkan ikan di atas bahan-bahan tadi dan taburkan lagi bahan-bahan yang telah dihiris tadi.

• Letakkan serai yang telah dititik.

• Balutkan ikan siakap dengan aluminium foil.

• Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 Celsius selama dua puluh minit.

• Hiriskan daun ketumbar dan taburkan di atas ikan yang telah dimasak.






sorry font ni degil la...dok byk kali edit still tak mau jadi besar size nyer...

Friday, July 19, 2013

Harga Sabun

entry ni utk senang saya refer dikemudian hari dan juga utk rujukan cikpuan2 semua... :)
ok..in a politically correct way, bukan cikpuan saja yg beli sabun basuh ni kan... hehe oklaaa.. utk semua org lah


 

ni sume kat Giant Kuantan


RM27.99 BREEZE 4.4KG

DYNAMO RM25.99 FOR 4.1KG




Resepi Tiramisu Versi Segera

My first tiramisu ever!
but i cheated! I used this ready to cook tiramisu mix! Bought this at carrefour, eh, oklah now known as aeon big...




very easy to do... mix those two 


pour the mix n fresh milk or in my case i used evaporated creamer, yes the entire can! Then just stir the mix until it cooked. Voilaaa.. done!

Ashraf Muslim Bakal Trending?

Aku rasa trending untuk sehari dua ini ialah Ashraf Muslim!

dan... mesti ramai jugak yang mencari gambar Wan Sakinah isteri kedua Ashraf Muslim tu

dan.. di fb ramai jugak yg share puisi yg katanya hasil nukilan Dayana, isteri pertama Ashraf. Tak dapat di pastikan pulak dari mana datangnya puisi tu, dayana tu ada blog ke? or dia tulis kat fb dia then kawan2 dia sebarkan then it becomes viral?

Early Sahur



I am easily influenced (sometimes).

Earlier, I watched the food network, they were showing all sort of sandwiches...

Sunday, July 14, 2013

Mari Memasak Ayam Percik & Resepi Ayam Percik

Ada seseorang mengidam ayam percik, so being a very nice cousin, I made Ayam Percik for our buka puasa yesterday.

Here goes...



 perlu ada serai



 perlu halia dan bawang putih juga


 

chop..chop..

  
 then blend

  
ni stail baru.. before this saya tak pernah masak ayam percik cmni, tp tadi lepas review few recipes, i decided to try this method pulakss..


owhh saya letak cili boh dan kunyit jugak nak bagi pedas n menarik skit warna nyer..

saya masukkan bahan2 yg diblend td tanpa buka api dulu.. pastu masukkan santan







 kira2 ayam tu dah separuh masak... transfer ayam2 tu ke pemanggang plak...



bakar hingga masak dan garing atau suka ati lah nak  garing sampai rentung ke..

dah separuh ken makan... lupa nak snap pic masa sebelum makan... satu lagi aku lupa letak asam keping, ada gak resepi suh letak asam jawa...

untuk resepi penuh cara nak masak ayam percik ni.... tengok ni ye



http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-ayam-percik-simple.html


atau resepi Ayam Percik yang ni

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2




ni saya amik dr myresepi.com

Tuesday, July 09, 2013

Proses Masak Rumpai Laut

Akhirnya rumpai laut dari Tawau yg ditunggu2 dah sampai...


ni dia.. 1kg rumpai laut hijau dari Tawau, lps buat little research (refer previous entries) akan cara2 nk masak nyer.. maka saya decided nak masaknye dgn cara paling simple (malas sebenarnya) iaitu dengan rendam semalaman seaweed ni dan terus masak tanpa letak apa2... ada yg letak daun pandan dan essen vanila utk hilangkan bau hanyir. Tapi memandangkan daun pandan takde masa nak rebus rumpai ni... so tak letak la.. essen vanila ada tapi macam tak best la plak campur mende tu, rasa mcm tak asli dah la...






ok, letak rumpai laut ni dalam bekas besar utk direndam semalaman. Kena bekas besar sebab rumpai ni akan kembang semangkuk gitu..ni half of the 1kg la lebih kurang, sebab nak masak sume sapa nak makan nyer kan... banyak tu




  


proses nak merendam... guna air banyak2...




ok ni rupa masa mula2 rendam... 

haaaa ni pas rendam nearly 24jam!


penuh bekas...




mula memasak rumpai laut tu... kat umah ni takde la pulak periuk yg besar (eh actually ada periuk steamer tu tp xseswai utk merebus ni) so kena pakai dua bekas utk masak



ni bekas ke dia.. dah nak siap ni.. segala rumpai tu dh hancur jd sangat likat





then dsejukkan dlm bekas kecik2 utk di makan... cara makan nyer.. satu sudu kecik pagi dan malam.

Ada byk stok ni... sapa nak? mehh saya nak bagi free jah!


Friday, July 05, 2013

Ujung Minggu Lepas: Muadzam Shah & Perfect Livin' 2013 & Nose Clearence Sale



Seawal 7 pagi dah bergerak ke Muadzam Shah sempena program PERHATI di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah. In other words, kena jaga booth! 




dan kena bagi talk juga...






yeayyy bleh balik dah...


Pagi2 Ahad dgn gigih nyer ke SASICC target nk smpai by 11am sebab nk kejarkan goodies..kalau lambat takut abiss...




tak best mana lah Perfect Livin' 2013 kat Kuantan kali nih... this is my fourth year kot ke third? ke Perfect Livin' nih, kalau takde bajet yg besar memang tak best la ke sini... jamu mata jek la...



pastu ke Hotel Zenith, sebelah je pon.... nk usha Nose clearence sale plak.. 30hb tu last day... so dah takde apa sangat la yg best kot... aku tak beli apa2 pon...


murah tu ok la murah 50% less kan...


but mostly not my taste la...


taste budak2 ni je la pon yg banyak.. that's my cousin n her roommate.




motif amik gamba bag ni nak tunjuk kat my colleague  Tini, sebab she's the queen of animal prints, nak whatsapp kat dia pastu xlepas2... tepek sini je lah..


bangles banyak yg menarikss tp takut bli sesajer je.. tak pakai






Lepas tu ke ECM plak... budak yg baru dok hostel tu nak cari kasut nak pakai g kelas, then beli brg2 keperluan diaorg plak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post