...

Sunday, June 30, 2013

Rumpai Laut Sabah






Tetiba teringin nak cuba amalkan makan rumpai laut!

Hari tu jumpe my SIL tgk muka dia berseri je... pastu tgk dia mkn rumpai laut...
owhh.. itukah rahsia nyer? ngengengeh..

so, kebetulan plak my cousin nyer hubby dok keje kat Tawau... nanti bleh la kirim bli murah2 kat dia kan...tp sblm tu kena lah buat research sket2 pasal khasiat dan kebaikan rumpai laut ni..

so hasil carian di internet.... ada few articles yg aku baca dari sumber yang reliable.. contoh nye dari rencana kat berita harian dan sinar harian... reliable la kan sebab dia ada refer pada research local universities nyer researchers... kat blog ada byk gak cite pasal seaweed nih, tp sebab takde diberi references so, agak xmeyakinkan lah kann..

ok meh kite tgk hasil bacaan di internet...




rumpai laut tidak mengandungi kolagen. 


haaaa! dah tu rata-rata dok guna tagline pure collegen tu apa? marine collegen la..

Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.


Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit. 

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil. 

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.




“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.


tu sebahagian dr artikel nyer... full nyer klik kat link bawah ni..


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/ 







 



 ni satu lagi yg aku baca...


http://www.sinarharian.com.my/rencana/rumpai-laut-tidak-mengandungi-kolagen-1.150534 


Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.

Bahan penting

Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organorgan dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.

Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti.

Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.

Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. Vitamin C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.

Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100 gram rumpai laut iaitu bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi lebih kurang 35 miligram vitamin C.

Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxproline. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan simptom-simptom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan berdarah) serta lesu
melampau.

Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa sariawan sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak! Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut.

Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.

Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen!

Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen. Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda?

Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.

Berdasarkan kandungan tertinggi protein yang terdapat dalam rumpai laut Sabah seperti yang didapati dari hasil kajian para penyelidik Universiti Putra Malaysia (Synthesis, 11 Jun 2011) iaitu 10.4 peratus (pada Caulerpa lentillifera, rumpai laut hijau) maka penulis andaikan hanya 11 gram terdapat dalam sediaan gel untuk dimakan selama sebulan (berdasarkan 100 gram rumpai laut kering).

Maksudnya, hanya 0.367 gram protein yang diambil melalui gel rumpai laut setiap hari! Jumlah pengambilan harian protein yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ialah antara 0.8 - 1.1 gram (bergantung kepada umru dan keadaan) bagi seiap kilogram berat tubuh seseorang. Maksudnya, seseorang yang memiliki berat 60 kilogram maka mereka perlu ambil antara 48 - 66 gram makanan berprotein setiap hari!

Pelbagai produk protein

Dalam usus kecil setiap jenis protein termasuk kolagen dan gelatin yang sebelumnya diurai kepada peptide dalam perut akan diurai kepada asid-asid amino yang ringkas. Tubuh akan menentukan jenis protein yang akan dibina menurut keperluan. Pelbagai kajian mendapati suplemen kolagen membantu membina kolagen baru.

Melalui ekspresi gen, asid-asid amino akan digabungkan bagi membentuk jenis protein yang diperlukan contohnya antara lain untuk dijadikan enzim, protein penanda sel (terletak pada sel bagi memudahkan saintis mengenal pasti sesuatu jenis sel) pintu laluan mineral (terletak pada membran sel) dan kolagen.

Jadi, oleh sebab paras protein dari pengambilan harian rumpai laut tidak mencukupi maka sebahagian besar protein perlu diambil dari sumber-sumber makanan lain. Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai laut. Sifat detoksifikasi rumpai laut adalah kerana kandungan polifenol, zink dan magnesium serta beberapa jenis vitamin.

Sebatian-sebatian polifenol, vitamin C, alfatocopherol, omega-3, pelbagai karotenoid, zink dan selenium menyumbang sifat antioksidan. Bahan-bahan antioksidan membantu mencegah berlakunya stres oksidatif (berpunca dari serangan radikal bebas) terhadap kolagen, pelbagai jenis enzim dan komponen sel.

Magnesium membantu mengawal hormon termasuk keseimbangan estrogen-progesterone. Zink dan magnesium yang dibantu oleh folat serta fitokimiafitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen.

Selenium dan iodin bertanggungjawab membina hormon tiroksin yang berfungsi mengawal metabolisme. Fiber pula membantu proses pencernaan berjalan dengan lancar. Pengambilan suplemen vitamin C dos tinggi antara 2,000-3,000 miligram sehari bersama jus buah-buahan kaya bioflavonoids dipercayai membantu aktiviti-aktiviti biologi rumpai laut secara lebih sempurna

Wednesday, June 26, 2013

Tupperware


my fren nyer bisnes ni... 






paling berkenan rice dispenser tu, sbb dia ijauuu... if merah tak berkenan... tp rega dia rm288 adoiiiii... sila beri hadiah utk sy bday ni ye..hehe

It's Not A Goodbye, but... Til We Meet Again





Monday, June 24, 2013

Jerebu ke Jerubu?

Ada yg sebut jerebu, walaupun secara betulnya spelling nyer jerebu tapi apsal ada host kat tv tu sebut jerubu

Hari ni ahad 23 jun 2013 paling teruk Kuantan dilanda jerebu. Since ari jemaat lagi dah start nampak makin teruk actually, tp kemuncak nye arinih lah... sampaikan esk MB Pahang dah bagi cuti sume sekolah... kolej plak cmne Dato Seri? huhu... keje lah jugak nampak nyer


So, semalam (sabtu) stay kat umah sbb melayan tetamu (ada tetamu dtg tuuu.. best2), so tak merasa sgt la camne jerebu nyer, td kena kuar buat groceries shopping sket (nak sambut another group of tetamu esk) so, merasalah teruk tak teruk jerebu kat Kuantan ni






the pic didnt do the justice... it was a lot terukss dr dlm gamba nih..






ni kat jerebu Jalan Gambang






thanx to Nurul, teringat nak bli nih... RM1.99 utk 4pcs kat Terus Maju..



lps terus maju...singgah plak kat Cowboy..terus bli 2 kotak face mask ni utk buat stok CM, ramai yg dok bising cakap face mask abis dah kat kedai... so korang kena g carik kat kedai cam Cowboy nih... byk je lg td..


selingan jap...



my bro whatsapped me this photos... Manja (my SIL) with baby Elisa... anak kawan Manja kot..

 

awwww..so sweet... aiysh kissing baby elisa..


back to citer jerebu... singgah ke kolej jap td... 

 

300 meter je jarak penglihatan... camne lah nak wat pendaftaran pelajar baru 25th ni... 


 

 diorang tgh busy pasang canopy utk hari pendaftaran.. bahya gak nih nak kena dok bawah canopy nih satu hari suntuk... plan b kah?


hmmmm..... kite tunggu esk apa boss cakap...


sementara nak tggu esk... kena lah tdo dulu... tp sblm tdo kena niat posa utk esk dlu...





gudnite!

Saturday, June 15, 2013

Sunday, June 09, 2013

Cucu Sayammm




Aksi-aksi saying goodbye before heading home...
tok bah ummi tok nek keta mommy anisz balik kuantan

ami n family nek keta papa balik johor.... sob..sob..sob..





 
















Friday, June 07, 2013

Wednesday, June 05, 2013

Day 2: Cuti-Cuti Kuantan-KL




Hari kedua bermula dengan brunch di Malay Town, nama kedai lupa plak..





pastu ke PH, buat mcm rumah sendiri ye budak2 nih...

































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post