...

Tuesday, October 30, 2018

PASKAL

Dah tengok PASKAL?

Best ke PASKAL? yerrr best sangat!




Aku sangat2 recommend korang g tengok, sebuah filem yg boleh kita banggakan. Boleh tengok aset2 peperangan negara.  Setakat hari ni dah mendapat kutipan sebanyak 27.3 juta! 

Tengok cite ni kan.. aku mcm dari awal sampai akhir macam sebak je... nak nangis je dari awal dan memang menangis pun.. rasa patriotik membuak2 gitu... ada rasa macam sebak yang terpendam, yang tertahan.. rasa bangga dengan tentera2 kita, rasa sedih dengan apa yg mereka dan keluarga mereka harus lalui.

Macam yg dalam reviu ni cakap movie ni takde sub-plot yg tak perlu. Ada sub-plot pasal family, tapi ianya tak meleret2 dan mmg plot tu perlu. Filem ni jugak pelakon pembantunya pun bagus2. 





Menonton filem ini juga membuatkan aku kenal dengan ramai pelakon baru (baru kenal) yg hebat2 belaka, pastu bila dah kenal kat Paskal terus stalk ig diaorg. Antara nyer Henley Hii  yg bawa watak Joshua,  Taufiq Hanafi yg nickname dia Ustat dan Theeban G sebagai Shailesh @ Misi. 

Macam Henley Hii ni kite (aku la) tak kenal pun dia sblm ni, tp dia ni dalam industri hiburan dah glamer pun. 





Taufiq hanafi ni pun aku baru kenal gak... 



Theebaan ni atlit Malaysia ni.. 2X SEA Games Medallist tuu.. he is a good actor too..

Antara pelakon utama Paskal ni... 
Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Jasmine Suraya Chin, Gambit Saifullah, Nam Ron, Hafizul Kamal, Amerul Affendi dan Henley Hii.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post